TOP > ALL > HISTORY LIFESTYLE > 3 Filem Cinta Terhalang yang Menghancur Luluhkan Hati sempena Tanabata
LIFESTYLE
HISTORY

3 Filem Cinta Terhalang yang Menghancur Luluhkan Hati sempena Tanabata

Cinta umpama jalan yang tidak rata

Dua kekasih samawi yang diusir ke bahagian bertentangan Bima Sakti yang hanya dapat bertemu setahun sekali pada malam Tanabata. Kisah percintaan sedih antara Orihime, penenun bintang (bintang Vega dalam buruj Lira) dengan Hikoboshi, penggembala lembu (bintang Altair dalam buruj Aquila) bukanlah cerita rakyat Jepun sepenuhnya. Legenda serupa tentang sepasang kekasih yang percintaan mereka terhalang juga diraikan pada pesta Qixi, China dan pesta Chilseok, Korea.

Legenda Jepun menceritakan tentang Orihime, seorang penenun yang ulung, dan Hikoboshi, seorang penggembala lembu berdedikasi, yang jatuh cinta dan berkahwin. Mereka mencintai satu sama lain sehingga mengabaikan tugas masing-masing dan menyebabkan kemarahan bapa Orihime, iaitu Maharaja syurga, yang membuang mereka ke bahagian kaki langit yang bertentangan.

Namun penderitaan batin Orihime adalah sangat hebat sehingga baginda maharaja syurga membenarkan kedua-dua kekasih ini untuk bertemu setahun sekali pada Tanabata, iaitu pada malam bintang tenun dan bintang gembala lembu berada dekat antara satu sama lain.

Penduduk Bumi meraikan Tanabata untuk menghormati pertemuan setahun sekali antara pasangan kekasih itu dengan menulis hajat pada kepingan kertas dipanggil tanzaku, yang dilekatkan pada batang buluh dengan hiasan kertas lain.

Tentulah ramai yang berhajatkan cinta sejati dan samalah juga dengan watak utama dalam tiga filem seterusnya ini, yang berjuang dengan penderitaan hati masing-masing, dan mereka pasti akan menulis doa pada tanzaku mereka demi Orihime atau Hikoboshi mereka sendiri.

1. Permanent Nobara (パーマネント野ばら), 2010

Selepas perceraian, Naoko kembali ke kampung halaman bersama anak perempuannya yang berumur lima tahun. Naoko tinggal dengan ibunya, iaitu seorang pemilik dan penggaya rambut di sebuah salun rambut di bandar itu, yang juga menjadi tempat perhimpunan untuk wanita-wanita di bandar itu. Di situ, mereka saling memberi keselesaan dan sokongan apabila masing-masing mengalami kekecewaan hidup, yang kebanyakannya melibatkan lelaki penipu dan kaki perempuan

Sementara rakan Naoko, Micchan dan Tomo-chan berdepan dengan masalah hubungan mereka, Naoko menyalakan semula hubungannnya dengan bekas gurunya, Kashima. Namun, perkara sebenar mungkin tidak seperti yang dilihat antara kedua-dua kekasih ini. Mengapakah Kashima sering hilang meninggalkan Naoko? Adakah Naoko mampu menghadapi kenyataan?

Pelakon:Kanno Miho, Eguchi Yosuke, Koike Eiko
Pengarah:Yoshida Daihachi

2. Just Only Love (愛がなんだ), 2019

Bagi Teruko, bertemu dengan Mamoru menyebabkan satu perubahan besar dalam hidupnya. Dengan menjatuh cinta sepenuh hati, dia memberikan sepenuh jiwa raga kepada apa yang percayainya sebagai hubungan yang makin mekar, lalu dia mengabaikan pekerjaan dan rakan-rakannya. Malangnya, perasaan itu hanyalah bertepuk sebelah tangan, dan apabila Mamoru meninggalkan Teruko, Teruko berasa sakit hati dan keliru – ditambah dengan kehilangan pekerjaannya kerana kecenderungannya untuk sentiasa mendahulukan Mamoru.

Beberapa bulan kemudian, Mamoru muncul kembali dalam hidup Teruko dengan wanita baharu dan lebih tua sebagai kekasih. Sumire, dengan rambutnya yang berwarna merah jambu dan berpakaian funki, memberi satu kejutan buat Teruko. Namun Sumire memberi Teruko satu nafas baharu, dan dengan sikap acuh tak acuhnya dia terhadap hubungannya dengan Mamoru telah menjadi satu tamparan kepada Mamoru.

Pelakon:Kishii Yukino, Narita Ryo, Fukagawa Mai
Pengarah:Imaizumi Rikiya

3. The 100th Love With You (君と100回目の恋), 2017

Sepanjang Aoi mengenali Riku, dia tidak pernah melihat apa-apa kecacatan dalam diri Riku. Ini kerana Riku mempunyai rahsia: Dia boleh mengembalikan masa.

Kini, apabila rakan sekolej Aoi terlibat dalam kemalangan serius semasa hari lahirnya, Riku yang terdesak memutarkan kembali waktu; hanya pada kali ini, Aoi sedar yang dia melalui minggu yang sama dalam kehidupannya. Tanpa pilihan dan terpaksa berterus-terang, Riku berkongsi rahsianya – namun, kuasa memutar masa bukanlah satu-satunya kebenaran yang terungkap: Riku dan Aoi juga mempunyai perasaan mendalam yang sama terhadap satu sama lain.

Bersama pada akhirnya, mereke menikmati percintaan mereka, namun hari demi hari, masa semakin menghampiri hari lahir Aoi. Dapatkah mereka menghadapi takdir Aoi? Atau adakah nasibnya sudah terukir?

Pelakon:Miwa, Sakaguchi Kentaro, Ryusei Ryo
Pengarah:Tsukikawa Sho

Seperti yang ditunjukkan oleh watak utama kami – dan pasangan kekasih syurga Tanabata yang wujud sebelum mereka, cinta ialah rasa yang sangat bahagia dan sangat sakit; ia jarang berlaku seperti yang kita harapkan. Namun, walaupun cinta (sering kali) kejam, keindahannya sangat berharga walaupun sakit, dan kita bergantung harap setiap kali, yang ia akan kekal selama-lamanya.

Teks oleh Helen Langford-Matsui

RECOMMEND POSTS

ページトップへ