TOP > ALL > LIFESTYLE TRAVEL > Wayang Jepun Di Luar Negara: Adakah 3 Filem Terkenal Ini Difilemkan Kampung Halaman Anda?
LIFESTYLE
TRAVEL

Wayang Jepun Di Luar Negara: Adakah 3 Filem Terkenal Ini Difilemkan Kampung Halaman Anda?

Bukan semua wayang Jepun difilemkan di Jepun!

Apabila memikirkan tentang wayang Jepun, kita sering menganggap bahawa wayang-wayang ini difilemkan di Jepun dengan semua pelakon berbangsa Jepun. Tetapi adakah anda juga tahu bahawa terdapat banyak wayang Jepun difilemkan di negara lain?

Lihat tiga wayang ini yang difilemkan di luar negara — adakah anda mengecam mana-mana lokasi ini?

1. The Man from the Sea (海を駆ける), 2018

Pengarah Fukada Koji ialah pengarah muda yang berbakat dengan latar belakang yang sudah cukup mengagumkan yang menarik minatnya dalam filem dan tema antarabangsa. Beliau memberikan peranan kepada seorang wanita Amerika dalam filem pendek cereka sains Sayonara (さようなら), pada tahun 2015 dan telah mendapat ilham daripada Perancis untuk tajuk-tajuk filem lain, termasuk Au Revoir L’Été (ほとりの朔子), pada tahun 2013. Tidak lama kemudian, beliau mula menggambarkan filemnya di luar negara. Man from the Sea (海を駆ける), pada tahun 2018 telah difilemkan di Daerah Banda Aceh dan menampilkan pelakon antarabangsa daripada Jepun dan Indonesia.

Filem tersebut digambarkan di Indonesia selepas tsunami, mengenai seorang wanita Jepun, Takako yang sedang membantu dengan pemulihan selepas bencana. Takako mendapat berita tentang lelaki yang misteri (yang dimainkan oleh Fujioka Dean yang berbilang bakat) yang kelihatan terdampar di pantai dan pengsan. Identiti dan latar belakangnya kekal misteri apabila lelaki tersebut kelihatan hanya boleh bertutur bahasa Jepun dan Indonesia yang kurang fasih, tetapi Takako membantunya dan memanggilnya Laut. Dengan perkembangan cerita, Laut akan mendedahkan lebih banyak ceritanya sambil perkara aneh mula berlaku dengan kehadirannya…

Lokasi: Indonesia
Pelakon: Fujioka Dean, Taiga, Abe Junko, Tsuruta Mayu
Pengarah: Fukada Koji

2. We Can’t Change the World. But, We Wanna Build a School in Cambodia (僕たちは世界を変えることができない。), 2011

Dengan berdasarkan cerita sebenar, We Can’t Change the World. But, We Wanna Build a School in Cambodia mengisahkan tentang Hada Kota, seorang pelajar perubatan muda dengan impian dan harapan dunia yang besar. Selain pendidikannya, dia tidak menjumpai hala tujunya dalam hidup. Sehinggalah dia mendapat brosur yang mengiklankan keperluan sukarelawan untuk membina sekolah di Kemboja. Ini kelihatan seperti penyelesaian yang sempurna dan dia melibatkan rakannya dengan penuh minat. Namun, ada kekurangannya: mereka perlu mengumpulkan 1.5 juta Yen untuk sekolah itu atas usaha mereka sendiri. Kumpulan itu mengharungi pelbagai cabaran sambil mereka mengenal bahawa dunia bukanlah semudah yang difikirkan, dan betapa bezanya keadaan dengan Jepun. Adakah Kota dan rakannya akan mencapai matlamat mereka untuk membina sekolah atau adakah mereka akan berputus asa di separuh jalan? Anda perlu menonton untuk mengikuti cerita mereka.

Lokasi: Kemboja
Pelakon: Mukai Osamu, Matsuzaka Tori, Emoto Tasuku, Kubota Masataka
Pengarah: Fukasaku Kenta

3. Pool (プール), 2009

Diketuaikan oleh kru yang berminda antarabangsa, banyak kakitangan yang mengerjakan wayang Pool, juga memfilemkan Kamome Diner (かもめ食堂), 2006, yang difilemkan di ibu negara Finland, Helsinki. Pool difilemkan jauh dari Finland, iaitu di Chiang Mai, Thailand yang indah dan ceritanya mengisahkan perkara yang berlaku dalam 6 hari sahaja. Kyoko, yang menetap di Thailand selama 4 tahun, merupakan pengurus sebuah rumah tamu. Anak perempuannya, Sako, datang melawat tetapi tanpa pengetahuannya, dia akan diubah fikiran oleh beberapa perkara. Nampaknya tanggapan Sako terhadap ibunya adalah tidak betul dan juga terdapat beberapa watak menarik yang muncul dalam kisah ini. Wayang ini merupakan cerita tentang cinta dan hubungan dan betapa cepatnya keadaan boleh berubah dalam 6 hari sahaja.

Lokasi: Thailand
Pelakon: Kobayashi Satomi, Kase Ryo, Kana, Motai Masako
Pengarah: Omori Mika

Di atas hanyalah tiga daripada banyak wayang Jepun yang difilemkan di luar negara, dengan lebih banyak wayang yang akan berbuat demikian pada masa depan.

Teks daripada Lisa Wallin

RECOMMEND POSTS

ページトップへ