TOP > ALL > GENERAL > 10 filem Jepun terbaik 2019
GENERAL

10 filem Jepun terbaik 2019

Penghujung dekad adalah masa yang penuh emosi dalam layar perak Jepun

Memandangkan tahun 2019 sampai ke penghujungnya, editor Majalah Festival Filem Jepun melihat kembali filem-filem yang menonjol tahun ini kerana penceritaannya yang berinspirasi, seni perfileman yang kreatif, dan lakonan yang sangat hebat. Tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan kisah hebat tentang cinta, kehilangan, perubahan iklim, rahsia korporat, persimpangan hidup, dan pilihan hidup. Namun, ia juga menjadi tahun yang penuh dengan visual, kostum, aksi, dan seni perfileman yang sungguh menakjubkan yang kita boleh katakan dengan bangganya melangkaui jangkaan kita. Filem-filem berikut merupakan judul-judul yang melabuhkan tirai dekad kedua abad ke-21 dengan kejayaan besar-besaran dalam sejarah pawagam Jepun. Disebabkan kita hampir memasuki “era 2020 yang mengaum”, kita hanya mampu berharap bahawa inspirasi layar perak Jepun akan terus berkembang dan membuatkan kita memperuntukkan masa yang kita ada kepada panggung wayang Jepun. Tanpa banyak bicara, berikut adalah 10 tayangan Jepun yang paling tidak dapat dilupakan bagi tahun 2019.

1. Sehidup Semati Denganmu (天気の子)

Dengan filem animasi fantasi ini, pengarah Makoto Shinkai nampaknya mengambil elemen-elemen terbaik daripada filem-filem terdahulunya dan memperhalusinya menjadi keajaiban yang nyata. Sehidup Semati Denganmu (Weathering with You) ialah kisah cinta remaja yang berlatarkan kejadian separa-malapetaka setempat, tentang pelajar sekolah menengah Hodaka Morishima dan anak yatim Hina Amano, yang mempunyai kebolehan mengawal cuaca. Runut bunyi filem ini, digubah oleh kumpulan rock Jepun Radwimps, yang membawakan tema filem yang rumit berkaitan perubahan cuaca, kehilangan dan harapan bersama-sama, sekaligus mengangkat filem Sehidup Semati Denganmu (Weathering with You) menjadi filem yang lebih hebat berbanding dengan jangkaannya. Filem Sehidup Semati Denganmu (Weathering with You) adalah filem jepun dengan kutipan tertinggi tahun 2019.

Pelakon: Kotaro Daigo, Nana Mori
Pengarah: Makoto Shinkai

2. Kerajaan (キングダム)

Berdasarkan manga dengan nama yang sama oleh Yasuhisa Hara, Kerajaan yang berlaku pada akhir era Negara-Negara Berperang (1467-1568). Walaupun filem ini diinspirasikan oleh kisah benar Jeneral Li Xin yang membantu bakal maharaja Qin dalam penaklukan China kuno, kisah ini banyak mengubah bahan sumber dengan sewenang-wenangnya. Pengarah Shinsuke Sato, yang juga merupakan pereka permainan video, terkenal terutamanya bagi filem-filem aksi/pengembaraan seperti Gantz (2011) atau Bleach (2018), dan dengan Kerajaan, dia tidak menyimpang daripada zon selesanya. Daripada terlalu mengikut sejarah, filem ini merupakan filem menakjubkan yang mempamerkan watak-watak kostum fantasi berwarna-warni mempersembahkan turutan aksi menarik dengan rekaan latar yang indah dan sangat berdaya cipta. Filem ini sangat bagus sehingga ia lebih daripada layak memberikan Kerajaan gelaran salah satu filem terbaik Jepun 2019.

Pelakon: Kento Yamazaki, Ryo Yoshizawa
Pengarah: Shinsuke Sato

3. Hotel Samaran (マスカレード・ホテル)

Selepas beberapa siri pembunuhan mengerikan di tengah ibu negara, detektif Kosuke Nitta tahu bahawa pembunuhan seterusnya akan berlaku di hotel mewah Hotel Cortesia Tokyo. Dia ditugaskan menyamar di meja depan hotel. Dia dengan segera mula bertegang urat dengan penyelianya Naomi Yamagishi dan tetamu hotel kerana sikapnya yang kasar. Walau bagaimanapun, semasa Naomi melatih Kosuke untuk menjadi lebih berhemah, apa yang pada mulanya merupakan satu pembunuhan misteri segera berubah menjadi pengajaran dalam seni omotenashi, seni Jepun tentang layanan baik yang unik yang menjadi buah mulut semasa Tokyo terpilih sebagai tempat seterusnya bagi Sukan Olimpik Musim Panas 2020. Gabungan pelakon utama dan pelakon pembantu dengan watak-watak yang menarik dan pelbagai, dan berdasarkan novel terlaris oleh pakar misteri Keigo Higashino, Hotel Samaran merupakan salah satu filem tahun 2019 yang boleh dibanggakan kerana adegan-adegannya yang penuh saspens, lucu, dan memberi kesedaran pada masa yang sama.

Pelakon: Takuya Kimura, Masami Nagasawa
Pengarah: Masayuki Suzuki

4. Terbangkan Aku ke Saitama (翔んで埼玉)

Mungkin mudah bagi filem Terbangkan Aku ke Saitama menjadi filem yang khusus dibuat untuk audiens Jepun, dengan jenaka budaya yang banyaknya tidak difahami orang luar. Namun, tema utama filem ini ialah tentang cara orang Tokyo yang cenderung memandang rendah kepada mereka yang datang dari Wilayah Saitama, yang akhirnya memiliki kualiti universal, terima kasih kepada beberapa pilihan bijak. Buat penonton, filem ini sepenuhnya keluar daripada realiti, dipersembahkan sebagai set drama radio yang melampau pada zaman perubahan Jepun semasa masyarakatnya masih mengenakan pakaian kabuki/opera-esque yang menjolok mata dan zaman rakyat dari Saitama yang tertindas yang memerlukan visa khas untuk memasuki ibu negara. Dalam dunia yang tidak munasabah sebegitu, isu Tokyo-Saitama terasing daripada asal Jepun dan bebas dianggap benar oleh sesiapa sahaja yang berasa direndah-rendahkan kerana datang dari kawasan terpencil atau jauh di luar bandar. Seperti yang dijangkakan datang daripada pengarah Thermae Romae, Hideki Takeuchi, Terbangkan Aku ke Saitama merupakan lakonan menghiburkan yang cepat membuatkan penontonnya tetap melekat di layar dari mula hingga akhirnya.

Pelakon: Fumi Nikaido, Gackt
Pengarah: Hideki Takeuchi

5. Lelaki Rahsia JP (コンフィデンスマンJP)

Berdasarkan rancangan TV popular dengan nama yang sama tentang sekumpulan penipu yang diketuai oleh Dako yang bijak, dilakonkan oleh Masami Nagasawa, Lelaki Rahsia JP menceritakan tentang kumpulan penipu di Hong Kong yang cuba mencuri berlian daripada bos kongsi gelap. Semua yang menjayakan drama siri ada dalam filem ini dan diluaskan untuk layar perak. Taruhannya lebih besar, aksinya lebih hebat, dan penipuannya lebih bijak dan berbelit-belit. Yang paling bagusnya, filem ini sangat mudah difahami orang baru mengenal dunia Dako, dengan keseluruhan asas penceritaan serta personaliti pelakon-pelakon utama, semuanya dikisahkan pada minit-minit awal filem. Bagi menikmati filem rompakan bijak yang mengujakan, dengan wanita sebagai watak utama, tontonlah filem Lelaki Rahsia JP.

Pelakon: Mamasami Nagasawa, Masahiro Higashide
Pengarah: Ryo Tanaka

6. Cinta Pak Tua: Cinta atau Mati (おっさんずラブ LOVE or DEAD)

Sambungan langsung siri TV Cinta Pak Tua, filem arahan Toichiro Ruti ini adalah filem yang jarang kita lihat di layar perak Jepun. Filem menarik dan komedi lucu tentang homoseksualiti. Dalam filem Cinta Pak Tua: Cinta atau Mati, Kei Tanaka yang melakonkan watak Haruta, seorang pekerja pejabat yang tidak bertuah dalam hal cinta, yang akhirnya menerima hakikat kehomoseksualannya dan menemukan bahagia dengan rakan sekerjanya Maki. Namun, hal menjadi rumit apabila Maki dipindahkan ke ibu pejabat dan bos yang juga cinta lama Haruta, Kurosawa mengalami amnesia dan jatuh cinta dengan orang bawahannya yang muda sekali lagi. Cinta Pak Tua: Cinta atau Mati merupakan filem komedi cepat yang sangat disyorkan untuk ditontoni kerana ia merupakan nafas baharu dalam perfileman Jepun berkenaan homoseksualiti.

Pelakon: Kei Tanaka, Kento Hayashi, Kotaro Yosida
Pengarah: Toichiro Ruto

7. Sesiapa, Pukul Aku Sekali Lagi (記憶にございません!)

Selepas kepalanya terkena batu yang dilempar semasa memberi ucapan politik, perdana menteri Jepun yang tidak disukai Keisuda Kuroda hilang ingatannya dan kini terpulang kepada setiausahanya untuk merahsiakan keadaannya daripada dunia. Namun mungkin terdapat sinar harapan kepada pengalaman pahitnya, kerana Kuroda yang hilang ingatan tiba-tiba ingin menentang dirinya yang dahulu dan melakukan sesuatu yang baik kepada negara. Ketepikan politik, matlamat utama filem ini hanyalah untuk keseronokan, kepelikan, dan sesekali komedi jahat yang membawa mesej bahawa setiap orang mempunyai peluang kedua dalam hidup. Pengarah Koki Mitani menyampaikan pesanan ini kepada audiensnya dengan sentiasa melemparkan satu demi satu lelucon yang menggelikan hati kepada mereka.

Pelakon: Kiichi Nakai, Dean Fujioka
Pengarah: Koki Mitani

8. Mewtwo Kembali Menyerang: Evolusi (ミュウツーの逆襲 EVOLUTION)

“Kini saya nampak bahawa keadaan kelahiran seseorang adalah tidak ada kena mengena. Ia merupakan apa yang anda lakukan dengan anugerah kehidupan yang menunjukkan siapa anda.” Hal yang berbunyi seperti petikan daripada aktivis politik yang berkarisma sebenarnya disebut oleh Pokémon Mewtwo dalam filem animasi pertama dalam terjemahan Bahasa Inggeris pada tahun 1998. Dengan ayat-ayat yang mudah diingati seperti itu, tidak mustahillah filem berusia 20 tahun ini dibuat semula pada tahun 2019 menggunakan animasi komputer. Sementara tiada perubahan nyata dilakukan kepada plot original, filem yang dibuat semula ini bernasib baik menggunakan sepenuhnya teknologi CGI untuk kemas kini beberapa babak (seperti perang akhir), menambahkan lagi aksi, pergerakan dan kehidupan ke dalam cerita yang sudah biasa. Syukur kerananya, bahkan peminat lama dapat menemukan semula filem dan jatuh cinta dengannya sekali lagi.

Pelakon: Rika Matsumoto, Ikue Otani
Pengarah: Kunihiko Yuyama, Motonori Sakakibara

9. Pemberi Maklumat (七つの会議)

Berdasarkan novel oleh penulis yang arif dalam kospirasi korporat, Jun Ikeido, Pemberi Maklumat merupakan filem tipu daya perlahan yang meneroka tema budaya korporat Jepun. Filem ini berkisar tentang pekerjaan dalaman dan rahsia syarikat subsidiari dan semua drama tersembunyi yang datang dengannya. Tema seperti bos yang memaki-hamun pekerjanya dengan suara yang kuat depan pekerja lain kerana tidak mencapai matlamat jualan dan orang dipulaukan kerana pulang pada masa yang dijadualkan hanyalah beberapa sisi gelap dunia korporat Jepun yang didedahkan filem ini. Terdapat cerita dirahsiakan yang memandu plot ke hadapan. Namun, apa yang menjadikan filem ini ialah sedikit kefahaman yang audiens dapat tentang dunia korporat Jepun dengan golongan berkolar mungkin kelihatan suci namun emosi cenderung keterlaluan. Dilakonkan oleh barisan pelakon pelakon legenda dan hebat, filem ini adalah salah satu filem penting dengan tajuk yang menyakitkan hati bagi tahun ini.

Pelakon: : Mansai Nomura, Teruyuki Kagawa, Mitsuhiro Oikawa
Pengarah: Katsuo Fukuzawa

10. Perang Archimedes yang Hebat (アルキメデスの大戦)

Hampir siapnya sebelum bermulanya Perang Dunia ke II, kapal perang Jepun Yamato mungkin kapal paling kuat pernah dibina, malah seberat 72,800 tan, ia semestinya paling berat. Perang Archimedes yang Hebat dibuat sekitar pembinaan kapal raksasa ini, memfokuskan kepada sisi saintifik melalui kacamata protagonis, seorang yang luar biasa dan pandai Matematik dilakonkan oleh Masaki Suda. Perkara yang menjadikan filem ini lebih mempersonakan ialah ia memainkan treler saspens tentang kospirasi dalam ketenteraan- berkaitan dengan kos pembinaan kapal perang Yamato. Dengan memfokuskan kepada plot fiksyen, filem ini dengan cekapnya membawa audiens jauh daripada rasa seram peperangan dan sebaliknya membolehkan mereka menikmati pembinaan hidup-nyata Death Star. Dan cukuplah setakat itu.

Pelakon: Masaki Suda, Horoshi Tachi
Pengarah: Takashi Yamazaki

Apakah filem Jepun yang anda gemari pada tahun 2019? Beritahu kami selepas anda telah menonton kesemua filem dalam senarai ini. Untuk jadual tarikh, tempat dan jadual penggambaran Festival Filem Jepun akan datang di negara anda, lihat sini.

Teks oleh Cezary Strusiewicz

RECOMMEND POSTS

ページトップへ