TOP > ALL > GENERAL LIFESTYLE TRAVEL > Tiada Gunung yang Setinggi Azam Saya: 3 Wayang untuk Hari Gunung
GENERAL
LIFESTYLE
TRAVEL

Tiada Gunung yang Setinggi Azam Saya: 3 Wayang untuk Hari Gunung

Semarakkan azam mendaki dengan tiga filem ini yang mempamerkan keindahan landskap Jepun.

Apabila anda berfikir tentang Jepun, apakah perkara pertama yang muncul dalam minda? Gunung Fuji, betul? Gunung tertinggi Jepun telah menarik ramai pelancong untuk melawat Jepun demi melihat kemegahannya. Tetapi Gunung Fuji hanyalah satu daripada banyak gunung yang terdapat di pulau negara Jepun. Tanah tinggi meliputi 70 peratus daripada negara ini dengan kebanyakan tanah tinggi tertumpu di wilayah Yamanashi, Shizuoka, Nagano, Gifu, dan Toyama di Honshu tengah (pulau utama Jepun).

Gunung-gunung sering merupakan sebahagian daripada budaya Jepun disebabkan perkaitannya dengan agama di Jepun. Shinto, atau “cara ketuhanan”, memuja unsur alam semula jadi — sungai, gunung, laut dan hutan. Tiga daripada gunung yang paling suci di Jepun termasuk Gunung Fuji (3,776 meter) yang terletak di antara wilayah Shizuoka dan Yamanashi, Gunung Tateyama (3,015 meter) di wilayah Toyama, dan Gunung Haku (2,702 meter) di antara sempadan wilayah Gifu dan Ishikawa. Satu lagi tapak suci ialah Kumano Kodo di bahagian Kansai, yang meliputi kebanyakan wilayah Wakayama. Jika anda mendaki sepanjang jejak Warisan Dunia ini, anda boleh melawat Gunung Koya, iaitu pusat agama Buddha Shingon di Jepun.

Hari ini, orang Jepun masih mendaki gunung untuk membuat pemujaan atau hanya untuk menikmati pemandangan luar yang indah. Disebabkan ini, pada tahun 2014, kerajaan Jepun mengumumkan cuti kebangsaan yang dipanggil Hari Gunung atau Yama no Hi (山の日). Hari Gunung kemudian diamalkan pada 11 Ogos 2016, supaya warga tempatan boleh benar-benar menghayati landskap indah negara mereka.

Sejak itu, semakin ramai orang telah mula mencabar gunung-gunung yang hebat apabila tibanya musim panas di Jepun. Bulan Ogos ini, kami akan memberi peluang kepada anda untuk melawat sesetengah gunung yang paling terkenal di Jepun. Walaupun anda tidak minat untuk mendaki gunung, berikut ialah tiga wayang untuk mengetahui lebih lanjut tentang gunung-ganang berbatu di Jepun.

The Summit: A Chronicle of Stones (劔岳 点の記), 2009

Wayang ini ialah debut karya pengarah Kimura Daisaku. Ia juga berdasarkan kisah sebenar yang dikaryakan ke dalam novel oleh Nitta Jiro. The Summit mengikuti ekspedisi peninjauan tahun 1907 mengikut peta ke Gunung Tsurugidake (2,999 meter) di Banjaran Gunung Tateyama di wilayah Toyama. Dalam kalangan peminat gunung, Gunung Tsurugidake dikenali sebagai gunung yang paling bahaya di Jepun kerana ramai orang telah kehilangan nyawa di sana.

Kimura, yang juga merupakan penggambar wayang, menangkap keadaan landskap yang paling teruk dan sukar, dan azam orang-orang yang cuba menawannya. Wayang ini juga pasti akan mengagumkan anda dengan tangkapan panoramanya dan pemandangan fajarnya yang tersergam indah.

Pelakon:Tadanobu Asano, Kagawa Teruyuki, Matsuda Ryuhei
Pengarah:Kimura Daisaku

Climbing to Spring, (春を背負って), 2014

Berdasarkan novel daripada Sasamoto Ryohei, filem kedua Kimura menampilkan Gunung Tateyama, iaitu salah satu gunung yang paling suci. Seperti The Summit, penggambaran wayang ini juga dijalankan di Wilayah Toyama. Selepas kematian ayahnya, Toru Tokyoite pulang ke Toyama untuk mengambil alih perniagaan keluarganya, iaitu pondok gunung yang menyediakan penginapan untuk para pendaki gunung.

Wayang Kimura menunjukkan keberanian yang diperlukan untuk mengambil kembali gunung yang telah menuntut nyawa orang yang tersayang. Pengalaman sebenar pelakon mengharungi keadaan gunung juga digambarkan dalam filem, dan memberi penonton peluang untuk melihat keadaan sebenar orang yang menetap dan bekerja di kawasan gunung.

Pelakon:Matsuyama Kenichi, Aoi Yu, Toyokawa Etsushi
Pengarah:Kimura Daisaku

Peak –The Rescuers-, (岳-ガク-), 2011

Gaku, manga (komik Jepun) yang dikarang oleh Ishizuka Shinichi, diberikan nafas hidup dalam wayang pengembaraan beraksi ini. Peak juga menampilkan salah satu gunung yang terkenal di Jepun, iaitu Gunung Hotakadake (3,190 meter). Wayang ini mengikuti sekumpulan penyelamat gunung di Pergunungan Hida yang bersalji di Wilayah Nagano.

Salah seorang penyelamat yang menonjol dalam kalangan mereka ialah Sanpo, seorang sukarelawan. Sanpo membingungkan rakan sekerjanya, Kumi dengan sikap positifnya terhadap kerjanya walaupun melihat begitu banyak orang yang kehilangan nyawa di gunung itu, termasuk rakan karibnya. Terutamanya, wayang Katayama menunjukkan bahawa walaupun gunung adalah indah, tempat tersebut juga boleh menjadi kejam dan bahaya.

Pelakon:Oguri Shun, Nagasawa Masami, Sasaki Kuranosuke
Pengarah:Katayama Osamu

Dengan tangkapan panorama dan syot dekatnya yang menampilkan salji, hutan dan gunung, wayang-wayang ini adalah ibarat pameran pemandangan yang indah. Walaupun jika anda bukan peminat gunung, wayang-wayang ini akan membawa anda ke beberapa landskap di Jepun yang paling menakjubkan dan berharap untuk menarik minat anda untuk melawat tempat itu pada masa depan.

Teks oleh Suzanne Bhagan

RECOMMEND POSTS

ページトップへ