TOP > ALL > GENERAL > 6 filem Jepun menyayat hati setiap pencinta anjing patut tonton
GENERAL

6 filem Jepun menyayat hati setiap pencinta anjing patut tonton

Rakan terbaik manusia di layar besar

Jepun mungkin dikenali sebagai sebuah negara yang sukakan kucing (ia bahkan merupakan negara dengan kafe kucingnya yang seperti cendawan selepas hujan) tetapi kasih sayangnya terhadap anjing juga tidak dapat disangkal. Daripada baka Shiba dan Akita yang sangat disayangi sehinggalah anjing terrier kecil yang dirapikan dengan sempurna, meligas sekitar Tokyo, jangan tersilap – Jepun juga merupakan negara anjing. Beberapa filem Jepun memaparkan kuatnya ikatan hati antara manusia dan anjing, daripada drama epik sehinggalah kepada kisah keluarga yang ringan. Inilah pilihan enam filem terbaik.

 1. Hachiko Monogatari (ハチ公物語)

Filem 1987 ini berdasarkan kisah sebenar tentang “anjing paling setia di Jepun,” Hachiko, – anjing sama yang diabadikan sebagai patung di luar Stesen Shibuya. Menjadi popular di Jepun, dan kemudian diadaptasikan menjadi versi bahasa Inggeris yang dibintangi Richard Gere, Hachiko Monogatari melonjak meruntun hati sanubari. Ia mengisahkan hubungan antara anjing baka Akita, Hachi (gelaran mesra “Hachiko”), dengan seorang profesor yang memeliharanya. Hubungan profesor dan Hachi ini menjadi semakin rapat dan tanpa disedari keduanya, Hachi memulakan rutin hariannya yang mengejutkan semua orang di kejiranan tersebut: ia akan bertemu tuannya di Stesen Shibuya setiap petang selepas kerja, untuk menemaninya pulang. Namun, apabila profesor itu tiba-tiba meninggal, protagonis anjing itu masih terus pergi ke stesen itu saban hari selama sembilan tahun, sehingga hari kematiannya sendiri, menanti kepulangan tuannya yang telah mati. Hachi yang sebenar dikatakan hidup dari 1923 sehingga 1935. Filem menyayat hati yang unggul ini juga mempunyai latar yang menarik dalam mewujudkan semula suasana abad awal kedua puluh di Tokyo.

Watak utama:Tatsuya Nakadai, Kaoru Yachigusa
Pengarah:Seijiro Koyama

 2.10 Janji kepada Anjing Saya (犬と私の10の約束)

Kisah tentang seorang gadis dan anjingnya, filem tahun 2008 ini, berlatarbelakangkan Hokkaido yang indah, pulau paling utara di Jepun, diambil daripada “10 Rukun Pemilikan Anjing” (yang ditulis dari perspektif anjing). Kematian ibu dan kehadiran ayah yang sangat jarang, Akari membela seekor anjing dan memanggilnya Socks. Socks menjadi temannya yang paling rapat dan pendorong utamanya selepas kematian ibunya. Namun, selepas sedekad, keadaan berubah dan Akari menjadi seorang dewasa yang terperangkap dalam kehidupannya yang rumit, dia sering tidak membawa Socks bersamanya, malah mula mengabaikan Socks. Akan tetapi, apabila Socks semakin nazak, Akari meluru pulang ke pangkuannya dan membacakan semula “10 Rukun” untuk melihat sama ada dia menunaikan janjinya kepada anjingnya, yang sentiasa ada di setiap liku hidupnya.

Watak utama:Rena Tanaka, Ryo Kase
Pengarah:Katsuhide Motoki

 3. Antartika (南極物語)

Berlanskapkan benua selatan yang luas, Antartika memaparkan kisah sebenar pasukan anjing luncur Sakhalin yang ditinggalkan oleh pasukan penyelidik Jepun pada tahun 1958. Apabila ekspedisi itu perlu diselamatkan kerana keadaan cuaca yang mengerikan, 15 ekor anjing ditinggalkan untuk mencari makan sendiri. Apabila mereka kembali ke Antartika setahun kemudian, para pengendali mendapati dua anjing, Taro dan Jiro, terselamat. Dalam kehidupan sebenar, Taro dan Jiro menjadi wira negara dan jasad mereka diawet dan dipamerkan masing-masing di Hokkaido dan Ueno, Tokyo. Filem ini, yang membawakan tema ketabahan dan kesetiaan, menjadi popular di Jepun dan kemudian diadaptasikan sebagai filem Hollywood yang bertajuk Eight Below.

Watak utama:Ken Takakura, Tsunehiko Watase
Pengarah:Koreyoshi Kurahara

 4. Tujuh Hari Himawari dan Anjingnya (ひまわりと子犬の7日間)

Di sebuah pusat perlindungan haiwan, tempat anjing dimatikan selepas tujuh hari tidak dituntut tuannya, seekor ibu anjing dan anaknya hidup bakal berakhir. Shoji, lelaki yang bekerja di pusat perlindungan tersebut, perlu menjelaskan kepada anak perempuannya hal yang berlaku kepada anjing dan apabila disedari anaknya, anaknya enggan bercakap dengannya. Shoji cuba memanjangkan hayat ibu anjing itu, namun apabila sampai masanya, dia menyertai anaknya dan seorang kawan yang merupakan doktor haiwan, cuba menyelamatkan ibu dan anak anjing tersebut. Filem melodrama ini memaparkan realiti kasar sesetengah pusat perlindungan haiwan di Jepun, tetapi akhirnya ia merupakan kisah kasih sayang dan empati.

Watak utama:Masato Sakai, Miki Nakatani
Pengarah:Emiko Hiramitsu

 5. Kinako (きな子〜見習い警察犬の物語〜)

Berdasarkan kisah sebenar tentang pelatih anjing Kyoko dan anjing polis pelatih dipanggil Kinako, merupakan kisah sentimental tentang mengatasi kemungkinan. Kyoko diberitahu bahawa Kinako terlalu lemah untuk menjadi anjing polis, tetapi dia bertekad untuk menjadikan juga anjing itu sebagai anjing Labrador ini menjadi anjing polis. Selepas beberapa tahun latihan, bagaimanapun, Kinako masih gagal – apabila Kyoko memasukkan mereka dalam pertandingan anjing polis, kepincangan Kinako bahkan menjadikannya popular dalam kalangan orang ramai. Apabila dia gagal dalam ujian demi ujian, Kyoto akhirnya putus asa dan meninggalkan sekolah latihan, tetapi akhirnya Kinako membuktikan dia mampu menjadi anjing polis yang berharga. Berlatarkan wilayah Kagawa di selatan Jepun, filem ini juga merupakan perjalanan indah melalui pemandangan Jepun yang menakjubkan.

Watak utama:Kaho, Yasufumi Terawaki
Pengarah:Yoshinori Kobayashi

 6. 星守る犬

Berdasarkan manga dengan nama yang sama, kisah ini ialah tentang seorang lelaki tidak bernama dan anjingnya, Happie, diceritakan setelah kedua-duanya ditemui mati dalam van lelaki itu. Seorang pekerja sosial bernama Kyosuke ditugaskan untuk menangani kes itu dan cuba menyelusuri saat-saat terakhir kehidupan mereka, menggunakan resit yang ditemukan di dalam kenderaan untuk mengikuti jejak itu. Perjalanan itu membawa Kyosuke merentasi seluruh negara ketika dia menjejaki semula perjalanan terakhir lelaki itu. Sepanjang perjalanannya, ketika dia mengetahui betapa kuatnya hubungan Happie dan tuannya, dia juga diingatkan akan anjing yang sangat istimewa yang rapat dengannya semasa dia masih kanak-kanak, yang selalu duduk di padang bunga matahari menatap bintang-bintang.

Watak utama:Toshiyuki Nishida, Tetsuji Tamayama
Pengarah: Tomoyuki Takimoto

Kepada mana-mana pencinta anjing, filem-filem ini akan menyentuh perasaan anda kerana ia menunjukkan bagaimana anjing dapat mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri manusia. Samada sentimental, sedih atau komedi, filem Jepun tentang rakan baik manusia ini melonjak menghangatkan hati anda.

Teks:Kiri Falls

RECOMMEND POSTS

ページトップへ