TOP > ALL > ANIMATION > 5 filem animasi terbaik Jepun ditayangkan pada 2019
ANIMATION

5 filem animasi terbaik Jepun ditayangkan pada 2019

Alam semulajadi dan cinta merupakan tema paling menonjol bagi filem-filem terbaik ini

Dengan pelbagai filem popular yang meneroka tema berkaitan, tahun 2019 menjadi tahun yang tidak dapat dilupakan bagi animasi Jepun. Filem pasca animasi Your Name ditunggu sekian lama arahan Makoto Shinkai, Weathering with You, akhirnya ditayangkan, dan menjadi jualan terbaik tahun ini. Sementara itu, Pengarah Masaaki Yuasa, mengeluarkan filem percintaan arahan pertama beliau, Ride Your Wave, mengejutkan peminat dan pengkritik filem. Pengarah terkenal Keiichi Hara (Doraemon, Crayon Shin-chan) menayangkan Birthday Wonderland, kisah fantasi yang paling lama sejak 1988. Tema-tema yang mendominasi karya terbaik tahun ini adalah yang bersifat “kembali ke asas”, usaha kami untuk berinteraksi dengan tenang dengannya, dan cinta, sebagai emosi paling berkuasa yang menyebabkan kita kekal hidup. Disini merupakan lima filem animasi Jepun terbaik yang kami di Majalah Festival Filem Jepun percaya anda akan sukakannya seperti kami.

1. Menongkah Ombak (きみと、波にのれたら)

Berhenti seketika daripada filem psikedeliknya, pengarah Masaaki Yuasa (Mind Game, Lu over the Wall) mengejutkan peminatnya diseluruh dunia dengan mengeluarkan filem “ Menongkah Ombak (Ride Your Wave) ini. Filem ini merupakan arahan pertama beliau bagi topik “biasa”— cinta remaja. Plot cerita mengenai Hinako, pelajar kolej yang juga peluncur air, yang diselamatkan daripada kebakaran oleh seorang ahli bomba muda, Minato, yang juga seorang peluncur air berdedikasi. Mereka berdua memulakan perhubungan yang melibatkan meluncur air, gelak ketawa dan harapan untuk selamanya. Malangnya, pasangan ini terpisah apabila Minato lemas di laut semasa menyelamatkan nyawa seseorang. Patah hati, Hinako cuba mengubati lukanya, sehingga suatu hari dia ternampak bayangan Minato di dalam air. Adakah bayangan itu ilusi? Atau benarkah Minato? Disinilah kita diingatkan bahawa ini ialah filem Masaaki Yuasa— dan mungkin, antara yang terbaik setakat ini.

Pelakon: Ryota Katayose, Rina Kawaei
Pengarah: Masaaki Yuasa
Web: kimi-nami.com

2. Mengubah Cuaca Denganmu (天気の子)

Makoto Shinkai mengambil lebih kurang tiga tahun selepas filemnya, Your Name yang popular, namun penantian yang sangat berbaloi. Weathering With You, keanehan Shinkai bermain cuaca, merupakan satu cerita sekolah menengah, Hodaka, yang lari dari rumah untuk ke Tokyo. Di sini dia mula bekerja di syarikat penerbitan kecil. Satu tugasan membawanya bertemu dengan Hina, gadis yang mempunyai kuasa menukar cuaca dengan berdoa. Semakin keduanya menjadi rapat, kita mula tahu tentang rahsia Hina,dan apa yang ditakdirkan untuk Hodaka, cuaca dan masa depan. Sejak tayangannya pada Julai, Weathering With You telah meraih lebih ¥13 juta, menjadi tayangan domestic pecah panggung bagi tahun ini (setakat ini).

Pelakon: Kotaro Daigo, Nana Mori
Pengarah: Makoto Shinkai
Web: tenkinoko.com

3. Kanak-kanak Laut (海獣の子供)

Berdasarkan manga Daisuke Igarashi dengan nama yang sama, adapatasi langsung Children of the Sea menggunakan usaha yang tak terkira pasukan kreatif Studio 4°C (Mind Game, Tekkonkinkreet), dengan tempoh selama enam tahun untuk siap. Hasilnya: visual menakjubkan yang melangkaui apa yang telah kita lihat sebelum ini. Kisahnya berkisar tentang seorang pelajar menengah rendah, Ruka, yang selepasa dikeluarkan daripada kelab sekolahnya kerana menimbulkan masalah, menenangkan dirinya di akuarium tempatan tempat ayahnya bekerja. Semasa melihat makhluk laut melalui kaca akuarium, dia ternampak dua budak lelaki sedang berenang sama hebat seperti haiwan-haiwan di dalam akuarium. Budak-budak lelaki itu bernama Umi (laut) dan Sora (langit), menjadi rakannya, dan ketiga-tiga mereka memulakan pengembaraan musim panas yang orang hanya mampu berangan. Walau bagaimanaoun, kejadian pelik berkaitan laut mula berlaku di seluruh dunia. Adakah Uni dan Sora ada kaitannya dengan kejadia-kejadian tersebut? Hanya tunggu hingga anda menemukan jawapannya.

Pelakon: Mana Ashida, Hiiro Ishibashi, Seishu Uragami
Pengarah: Ayumu Watanabe
Web: www.kaijunokodomo.com

4. Langit Birunya (空の青さを知る人よ)

Kisah tentang jatuh cinta, sekali, dua kali, bahkan tiga kali, filem Her Blue Sky menceritakan tentang dua beradik Akane dan Aoi dengan jarak usia 13 tahun, yang hanya tinggal berdua selepas kematian kedua ibu bapa mereka. Aoi merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang ingin menjadi bintang rock dan mengalami semua keindahan yang berkaitannya termasuk cinta. Sebaliknya Akane menjadi seperti emak kepada Aoi, yang meletakkan perasaannya di tempat kedua demi kesejahteraan Aoi—termasuk cinta. Mereka berdua diuji apabila bekas kekasih Akane pada 13 tahun lalu, yang kini merupakan bintang rock, kembali ke kampung halaman mereka. Dia telah berubah, namun masih sama. Persoalannya ialah, adakah Akane dan Aoi mengubah cinta mereka untuk masing-masing—dan akhirnya untuk mereka sendiri?

Pelakon: Ryo Yoshizawa, Riho Yoshioka, Shion Wakayama
Pengarah: Tatsuyuki Nagai
Web: soraaoproject.jp

5. Alam Ajaib (バースデー・ワンダーランド)

Fantasi yang mengingatkan kita kepada Alice in Wonderland, Birthday Wonderland ialah sebuah kisah tentang Akane, gadis pemalu yang sangat kurang keyakinan dirinya. Suatu hari sebelum hari lahirnya, dia ponteng sekolah untuk mengelakkan konfrontasi dengan rakan sekelasnya dan semasa membantu ibunya mengambil sesuatu dari kedai rakannya, dia mendapati dirinya terlibat dalam masalah yang lebih besar—diminta untuk menyelamatkan dunia. Akane bersedia dengan pengembaraan menarik yang menyebabkan dia bertemu dengan makhluk yang hebat, keajaiban yang tak dapat dilihat—iaitu keyakinannya yang hilang daripada hidupnya. Berdasarkan buku cerita kanak-kanak Sachiko Kashiwaba pada 1988, Chikashitsu Kara no Fushigi na Tabi (Strange Journey From The Basement), Birthday Wonderland ialah kisah tentang mengumpul keyakinan melalui keberanian menerima peluang yang datang—yang seringkali, tak terjangka.

Pelakon: Mayu Matsuoka, Anne
Pengarah: Keiichi Hara
Web: wwws.warnerbros.co.jp/birthdaywonderland

Fantasi, menakjubkan, visual, dan cerita yang sesuai untuk kedua-dua golongan audiens, muda dan dewasa, hanyalah beberapa kata kunci yang menggambarkan filem animasi yang menyebabkan kita tidak berganjak daripada layar pada tahun 2019. Sekarang, sediakan bertih jagung— anda mahu menonton kesemua filem ini dalam sehari.

Teks: Pasukan Editorial Festival Filem Jepun

RECOMMEND POSTS

ページトップへ