TOP > ALL > GENERAL > Tonton penampilan filem kumpulan idola pop Arashi yang paling tidak dapat dilupakan hingga kini
GENERAL

Tonton penampilan filem kumpulan idola pop Arashi yang paling tidak dapat dilupakan hingga kini

Kumpulan mungkin akan berpisah tidak lama lagi, tetapi tajuk-tajuk filem ini kekal berada di sini

Peminat di seluruh dunia kekal terpaku pada skrin TV mereka pada 27 Januari ini apabila berita mengenai keputusan kumpulan idola pop semua lelaki terkemuka Jepun Arashi untuk menggantungkan aktiviti mereka pada Disember 31, 2020 menjadi berita utama antarabangsa. Kumpulan idola tersebut, yang ditubuhkan pada 1999 apabila ahlinya, Jun Matsumoto, Kazunari Ninomiya dan Masaki Aiba, hanya 16 tahun, Sho Sakurai 17 tahun dan ketuanya Satoshi Ohno 18 tahun, telah berkembang menjadi salah satu kumpulan pop Jepun yang paling berjaya sepanjang zaman. Selama 20 tahun sejak kumpulan terbentuk, Arashi telah meninggalkan berpuluh juta hit, memenangi pelbagai anugerah, dan selamanya-lamanya mencuri hati berjuta-juta peminat di Jepun dan di luar negara. Sepanjang tempoh kerjaya mereka, ahli-ahli Arashi telah juga muncul dalam beberapa drama TV, filem, iklan, telah mengacarakan pelbagai rancangan mereka sendiri di TV, melakukan rancangan radio, program berita dan bertindak sebagai hos utama bagi beberapa acara siaran langsung yang paling banyak ditonton di Jepun.

Walaupun ia akan menjadi satu kerugian utama bagi dunia hiburan Jepun apabila kumpulan itu akhirnya berpisah, mereka telah meninggalkan bahan yang mencukupi untuk dipegang apabila kita merasakan kekosongan tanpa kehadiran mereka. Di sini, kita lihat lima penampilan skrin yang paling diingati bagi setiap lima lima anggota Arashi yang telah mengambil bahagian.

1. Laplace’s Witch (ラプラスの魔女), 2018

Judul filem terkini untuk Sho Sakurai, Laplace’s Witch adalah drama misteri yang menawan berdasarkan novel Keigo Higashino 2015 dengan nama yang sama. Sakurai memainkan Shusuke Aoe, seorang profesor geokimia muda yang ditugaskan dengan tugasan sukar membantu polis dalam menyelesaikan kematian yang mencurigakan disebabkan oleh hidrogen sulfida. Ketika penyelidikannya berkembang, Aoe bertemu Madoka (Suzu Hirose), wanita misteri yang kelihatan seperti memegang kunci untuk menyelesaikan pembunuhan tersebut. a mysterious girl who seems to hold the key to solving the murders. Mereka mula membantu satu sama lain, yang membawa kepada beberapa penemuan baharu — dan musuh berbahaya.

Bersesuaian secara sempurna dengan imej “cerdas dan gigih” Sakurai di Jepun, filem ini mendebarkan kerana ia menawan dan akan meninggalkan anda berteka-teki sepenuhnya sehingga ke minit terakhir.

Pelakon: Sho Sakurai, Suzu Hirose, Sota Fukushi
Pengarah: Takashi Miike

2. Girl in the sunny place (陽だまりの彼女) 2013

Pakar drama romantik, Jun Matsumoto (‘Matsujun’), ahli Arashi yang memegang peranan utama sebagai Domyoji dalam francais Hana Yori Dango (Boys Over Flowers) membantu kumpulan ini menjual ribuan salinan lagu tema Love so Sweet dan One Love, membawa kita melalui satu lagi cinta romantis yang menyenangkan Girl in the sunny place, kisah cinta Kosuke dan Mao. Kekasih di sekolah menengah rendah, pasangan itu berpisah apabila Kosuke berpindah ke bandar baharu. Sepuluh tahun kemudian, walau bagaimanapun, kedua-dua kini dewasa yang berkerja, bersatu semula dalam keadaan bertuah yang tidak dijangka oleh mereka. Penyatuan tersebut membawa kepada permulaan hubungan yang baharu dan gembira pada mulanya sehingga Kosuke mengetahui bahawa Mao telah menyimpan rahsia yang mendalam darinya.

Salah satu daripada persembahan filem terkuat Matsujun sehingga kini, di sini kita melihat tokoh romantis yang sangat berbeza berbanding watak Domyoji terkemukanya yang sangat berkeyakinan tinggi di Boys Over Flowers. Dalam filem ini, Kosuke memainkan watak romantis yang lebih lembut dan pasif, namun prestasinya sama-sama kukuh di hadapan skrin. Bersedialah untuk terharu sehingga mengeluarkan air mata!

Pelakon: Jun Matsumoto, Juri Ueno
Pengarah: Takahiro Miki

3. Nagasaki: Memories of my son (母と暮せば) 2015

Dengan 18 judul filem dan berpuluh-puluh dramaTV dan persembahan pentas dalam portfolionya, termasuk banyak peranan utama, dari semua kelima-lima ahli Arashi, Kazunari Ninomiya adalah seseorang yang paling banyak tertumpu kepada filem dan drama di luar kerjaya idolanya. Kebanyakan filemnya menjelajah tema yang serius, termasuk ketidaksamaan sosial, pertempuran peribadi, perang, keamanan dan ikatan keluarga.

Nagasaki: Memories of my son adalah salah satu daripada peranan Ninomiya yang paling terkenal sehingga kini dan yang memberikannya dua anugerah Pelakon Terbaik yang berprestij pada 2016: di Anugerah Kinema Junpo Ke-89 dan Hadiah Akademi Jepun Ke-39. Ditetapkan di Nagasaki dalam Jepun 1940s selepas perang, filem ini mengikuti kisah Nobuko (Sayuri Yoshinaga), seorang bidan yang telah kehilangan suaminya dan dua anak lelakunya dalam perang. Tiga tahun selepas bom atom yang membunuh anak bongsunya Koji, hantunya muncul di hadapannya. Walaupun terkejut pada mulanya, Nobuko bergembira dengan pertemuan itu memandangkan dia berjaya menghilangkan kesepiannya. Kedua-duanya mula menceritakan kisah lalu kerana meraka dengan gembiranya mengambil peluang kedua mereka bersama-sama hingga mereka akhirnya kembali ke realiti untuk menyedari bahawa “keajaiban” ini hanya mengingatkan mereka kepada kerugian terbesar mereka dalam kehidupan.

Walaupun sepintas lalu ia adalah drama peribadi manusia mengenai pertempuran keluarga melawan keseorangan, karya ini pada dasarnya adalah karya abadi tanpa sempadan mengenai kerugian besar manusia ketika peperangan.

Pelakon: Sayuri Yoshinaga, Kazunari Ninomiya, Haru Kuroki
Pengarah: Yoji Yamada

4. Miracle: Devil Claus’ Love and Magic (MIRACLE デビクロくんの恋と魔法) 2014

Berdasarkan novel romantis Ko Nakamura, Miracle: Devil Claus’ Love and Magic adalah kisah sinta yang menyenangkan yang ditetapkan di Tokyo moden, mengenai empat orang muda mengejar keajaiban romantis Krismas. Masaki Aiba memainkan Hikaru, pekerja kedai buku di siang hari dan artis manga bercita-cita tinggi di waktu malam yang tidak berputus asa terhadap impiannya untuk menjadi artis. Rakan zaman kanak-kanaknya Anna (Nana Eikura) sentiasa menyokong impian seumur hidupnya seje mereka kecil, dengan berharap secara rahsia bahawa dia dan Hikaru akan menjadi lebih daripada rakan. Tetapi untuk kekecawannya, Hikaru hanya berminat dengan rakan sekerjanya So-Young. Namun, ia adalah Krismas, masa pada tahun di mana keajaiban sering berlaku…

Pelakon: Masaki Aiba, Nana Eikura, Hyo joo Han
Pengarah: Isshin Inudo

5. Kaibutsu-kun: The Movie, 映画 怪物くん (2011)

Adaptasi tindakan secara langsung Fujiko A. yang ditunggu-tunggu. Manga Fujio dan siri animasi Kaibutsu kun (Little Monster), filem ini membawa penonton ke dalam aksi roller coaster, pengembaraan, pelbagai warna, kuasa besar dan banyak visual 3D yang hebat. Ketua Arashi, Satoshi Ohno, memainkan protagonis utama, Putera Raksasa Kaibutsu yang riang ria yang dalam perjalanan ke dunia manusia bersama-sama rombongan raksasanya untuk membuktikan bahawa dia boleh menjadi raja. Tetapi ketika dia sepatutnya mendarat di Jepun, dia berakhir di India, di mana dia dianggap sebagai seorang pahlawan yang harus menyelamatkan seorang wanita cantik yang telah diculik.

Kaibutsu-kun: The Movie menjadi satu kejayaan yang besar apabila ditayangkan di Jepun, dengan pendapatan box office 3.14 bilion yen. Walaupun Ohno kebiasaannya dianggap sebagai watak yang pendiam dalam kedihupan sebenar, filem ini menunjukkan sisi lain beliau yang kita, sebagai penonton, tidak dapat lihat setiap hari: yang liar dan periang.

Pelakon: Satoshi Ohno, Umika Kawashima, Ryuhei Ueshima, Hong Man Choi
Pengarah: Yoshihiro Nakamura

Sudah mula merindukan Arashi? Simpan judul-judul filem tersebut ke koleksi anda dan ahli kumpulan akan kekal abadi bersama anda.

Teks oleh: Rose Haneda

RECOMMEND POSTS

ページトップへ