TOP > ALL > GENERAL > 5 Filem Jepun yang menjadi buah mulut semua orang pada tahun 2018: Bahagian II
GENERAL

5 Filem Jepun yang menjadi buah mulut semua orang pada tahun 2018: Bahagian II

Daripada zombi hingga filem menyayat hati, berikut adalah lima lagi filem yang perlu ditonton tahun ini

Bulan lepas, anda membaca tentang kisah cinta air mata, drama keluarga menyayat hati, daan kisah persahabatan zaman sekolah yang menaikkan semangat; tiga tema utama yang mendominasi judul filem yang menjadi perbualan ramai tahun ini. Tetapi, jika itu sahaja judulnya, anda silap besar. Jom, inilah kumpulan kedua filem-filem terpilih bagi tahun 2018 yang menawan populariti penonton segenap generasi.

1. One cut of the dead (カメラを止めるな)

Jika ada satu tajuk tahun ini yang menentang segala kemungkinan sinematografi dan cerita, ini lah filemnya. One Cut of the Dead bermula sebagai satu cabaran bajet rendah oleh sepasukan pembuat filem dan pelakon yang tidak dikenali, dan apabila mula ditayangkan, ia hanya mampu ditayangkan di dua pawagam. Tetapi ada suatu tarikan yang menyebabkan penonton kembali — dan bercakap tentangnya. Adakah kerana ketidakmampuan untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku? Adakah kerana kesediaan untuk menjadi antara yang pertama menyambung titik-titik bagi filem tiga dalam satu yang tidak masuk akal ini? Adakah kerana ia satira nyata yang tersembunyi tentang dunia hiburan Jepun moden pada hari ini? Atau keseronokan dan kesederhanaan semata-mata yang memberi penonton harapan bahawa seseorang tidak perlu mempunyai wang bertimbun dan peralatan terbaik di dunia untuk menghasilkan seni? Tidak kira apapun sebabnya, filem ini kini menawan Jepun bagaikan ribut; ia kini ditayangkan di 300 pawagam di seluruh negara dan penonton menontonnya berulang kali.

Kisahnya? Ia mengisahkan seorang krew filem yang mengembara ke sebuah loji rawatan air yang ditinggalkan di luar bandar Jepun untuk merakamkan rancangan TV zombi secara langsung. Ada khabar angin mengatakan bahawa kawasan itu kononnya digunakan untuk “eksperimen manusia” oleh tentera Jepun. Apa yang ditayangkan ialah rakaman penuh 37 minit tentang huru hara orang yang sangat kejam: krew tersebut berlari menyelamatkan nyawa, membunuh untuk terus hidup, dan berdoa untuk bantuan tuhan. Dan butang set semula ditekan dan kita kembali ke sebulan awal apabila semuanya mula masuk akal. Lebih kurang begitulah.

Tonton dengan: Sekumpulan kawan. Akan ada banyak yang akan diperkatakan selepas tamat menonton.

Adegan mesti ditonton:Transformasi keibuan tokoh Nao yang layak mendapat anugerah menjalani separuh jalan filem itu.

Kenapa kami sarankan filem ini?Kerana ia mengubah sejarah filem indie Jepun selama-lamanya dan berjaya memperoleh 700 kali lebih banyak daripada apa yang pembuatnya gunakan untuk menghasilkan filem itu. Jawapan kepada semua persoalan anda muncul selepas minit ke 37 filem ini, maka jangan berhenti menonton sebelumnya.

2. Lu over the wall (夜明け告げるルーのうた)

Tidak dinafikan calon filem paling comel pada festival filem tahun ini, Lu adalah watak duyung yang agak moden yang membawa kita melalui sebuah bandar nelayan kecil di luar bandar Jepun yang penduduknya sentiasa dalam ketakutan terhadap makhluk air yang sangat jahat. Protagonis kita Kai, seorang budak sekolah tinggi, yang tidak gembira berpindah ke sana selepas perceraian ibu bapanya, dan dia tidak suka segala-galanya tentang tempat itu — terutama orangnya. Satu-satunya perkara yang membuatnya gembira ialah muzik, hobi yang menjadi kunci kepada cerita ini. Melalui muzik, Kai bertemu dengan teman-teman baharunya, Kunio dan Yuho, dan sudah tentu Lu, yang juga suka mendengar muzik dan menari. Kai semakin tertarik pada Lu, yang membantunya mengatasi kesedihan dan mengembalikan kepercayaannya untuk hidup. Tetapi Lu adalah ikan duyung yang harus kekal tersembunyi – sehingga suatu hari dia tidak mungkin bersembunyi lagi dan semuanya menjadi teruk apabila penduduk kampung mula menyebarkan khabar angin bahawa Lu yang mengutuk mereka. Walau bagaimanapun, semasa mereka cuba mencegah Lu, mereka sedar Lu bukanlah orang yang memecahbelahkan bandar itu.

Satu cerita yang ringkas dan indah dalam era orang semakin takut dengan ‘orang asing,’ mengingatkan kita bahawa mencari kambing hitam dalam perkara yang tidak pasti tidak pernah menyelesaikan ketakutan sebenar kita — kadang-kadang, menyeberang tembok mungkin bermakna mencari keamanan dan persahabatan baru.

Tonton dengan: Adik anda.

Adegan mesti ditonton: Versi Kai bagi Kazuyoshi Saito’s Utautai no ballad — pastikan anda mempunyai tisu.

Kenapa kami sarankan filem ini?Kerana ia filem baharu dan agak berbeza daripada animasi Jepun yang kita pernah tonton selama ini. Pengarah Masaaki Yuasa kini menjadi tumpuan, jadi jangan lepaskan peluang untuk masuk ke dunia dengan ciptaan yang comel dan menyenangkan ini.

3. The Crimes That Bind (祈りの幕が下りる時)

Sentuhan terakhir siri detektif terkenal Kaga oleh Keigo Higashino, The Crimes That Bind adalah kisah jenayah dan hukuman yang sama seperti kisah cinta keluarga yang mendalam dan tak bersyarat. Kisah ini bermula dengan penemuan mayat (kita bercakap tentang detektif Kaga), tetapi bagi Kaga ia bukan hanya satu hari lagi, satu lagi kes: mayat itu ialah ibunya, orang paling penting dalam hidupnya dan yang dia telah berpisah sejak zaman kanak-kanaknya. Lebih dalam Kaga menyiasat, lebih banyak jejak (dan mayat) dia temukan yang membantunya menyambung titik. Dan semakin dia tahu tentang kisah di sebalik pembunuhan, semakin dia berharap dia tidak pernah tahu tentang kebenaran — dan dia tidak pernah selesaikan kes. Satu rollercoaster emosi yang dilaksanakan dengan sempurna oleh krew hebat yang diketuai oleh Hiroshi Abe, Nanako Matsushima dan Fumio Kohinata, yang akan meninggalkan anda dalam tangisan.

Tonton dengan: Seseorang yang anda tidak malu menangis di depannya.

Adegan mesti ditonton: Apabila Hiromi dan ayahnya bersatu semula untuk kali terakhir di terowong itu.

Kenapa kami sarankan filem ini?Kerana akhirnya ia mendedahkan misteri Kyoichiro Kaga sendiri dan kerana ia melampaui setiap ketegangan yang telah kita lihat sejauh ini dengan mahir mengubah misteri menjadi drama manusia yang rumit dan mendalam.

4. Laughing Under the Clouds (曇天に笑)

Filem aksi-hidup adaptasi siri komik supranatural Karakara-Kemuri Donten ni Warau yang dinanti-nantikan, filem ini membawa kita kembali ke zaman awal Meiji-Jepun, zaman pergolakan yang hebat dan pembahagian politik. Tenka, pengganti Kuil Kumo di Otsu, Shiga Prefecture, adalah wira kota, memastikan setiap penduduk bandar selamat, baik, dan gembira – sesuatu yang Tenka sangat suka. Tetapi misi utamanya dalam kehidupan selepas ibu bapanya dibunuh oleh mantan klan ninja, adalah untuk melindungi dua adik lelakinya: Soramaru yang suka memberontak dan Chutaro yang masih membesar. Suatu hari, kehidupan damai mereka tiba-tiba terganggu apabila langit kekal suram terlalu lama – satu tanda bahawa suatu bentuk kerosakan berlaku di ular gergasi yang hanya bangkit setiap 300 tahun, akan datang. Ular itu, Orochi, mengambil badan manusia dan kini semua orang tahu ia datang, menjadi misi kumpulan mencari dalam tubuh siapa ular itu bersembunyi. Bagi Tenka, ini mungkin mengakhiri hari-harinya yang aman. Atau permulaan.

Filem yang penuh dengan kesan khas yang hebat dan aksi yang mengingatkan anda kepada filem The Three Musketeers, filem ini akan menyebabkan anda berjaga sehingga ke minit terakhir.

Tonton dengan: Rakan lelaki anda yang terbaik.

Adegan mesti ditonton:Dram taiko dan pembuka matsuri.

Kenapa kami sarankan filem ini?Kerana kami tidak mahu ketinggalan menonton aksi pertarungan antara beberapa aktor muda popular Jepun terkini (Sota Fukushi, Yuma Nakayama, Yuki Furukawa dan ramai lagi). Juga pakaiannya — permainan kostum dari seluruh dunia, ini mungkin gaya anda seterusnya!

5.COLOR ME TRUE (今夜、ロマンス劇場で)

Sehingga tahun ini, Sadako, roh jahat francais The Ring, merupakan satu-satunya wanita Jepun yang keluar dari TV. Tepat dua dekad sejak pembebasannya, nasib baik kita bergerak jauh dari seram dan mengalu-alukan drama komedi romantis hebat Tonight, at the Movies yang menunjukkan heroin kita Miyuki (Haruka Ayase) sebagai seorang pelakon cantik yang hidup dalam filem hitam putih 1960-an – ketika suatu hari dia keluar dari skrin betul-betul depan Kenji (Kentaro Sakaguchi), seorang penolong pengarah yang sedang berjuang, yang meminati dia. Walaupun Kenji masih bingung dengan keajaiban ini, dia mengambil peluang dan menggunakan peluang sekali seumur hidupnya untuk mengenali Miyuki — atau mungkin lebih lagi. Apabila kedua-duanya semakin rapat dan Miyuki perlahan-lahan mengenali warna dalam kehidupannya yang hitam putih, inilah masa untuk mendedahkan rahsianya — yang menghancur luluhkan hati Kenji apabila dia mendapat tahu.

Separa terinspirasi oleh Enchanted dan Roman Holiday (Ayase mempunyai persamaan yang menarik seperti Audrey Hepburn dalam beberapa adegan), cerita ini ringkas dan lama seperti cinta itu sendiri, tetapi memaparkan warna-warni, pakaian Ayase yang cantik dan pelaksanaan di atas skrin yang sempurna tentang persoalan abadi berkenaan apa yang terjadi ketika keajaiban menjadi kenyataan, sangat menghiburkan.

Tonton dengan: Seseorang yang anda sangat cintai.

Adegan mesti ditonton:Tarian Miyuki di bawah wisteria yang indah.

Kenapa kami sarankan filem ini?Kerana kita semua ingin tahu apa yang berlaku jika pelakon lelaki atau pelakon wanita kegemaran anda melompat keluar dari skrin kita. Ia kisah romantik, tapi pada masa yang sama agak menyedihkan anda tidak patut ketinggalan.

Teks oleh Alexandra Homma

RECOMMEND POSTS

ページトップへ